di sana pasti

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti mendatang.



16:56

IKTIBAR : Kisah Seorang Wanita Dengan Terung

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE







Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan.


Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?
 

Murid itu terus menjawab, ya!

Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?
 

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!
mencemburui pemuda miskin tu (n__n)

04:43

dengan al fatihah ku sampaikan rinduku padamu...

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE



tanggal 24 januari 2012 hari selasa bersamaan 1 rabiul awwl,waktu itu aku baru balik
bermusafir dari alaxandaria..setiba di cairo jam 3 pagi, di sebelah petangnya bersiap pula untuk sekali lagi berangkat untuk ke alexandaria. sedang mahu berangkat sorang sahabat kol ..
bertanya "ada cek facebook kah ?
aku kata tiada..
dia plak berkata lagi pergi lah cek..
aku merasa pelik. bertanya dalam hatiku apa kepentingannya mau long in facebook..aku pergi menghadap laptop ku..sebelum itu ada sahabat ku menggunakan laptop usang ku itu...sehabis dia menggunakannya dia berkata..
" shutdown lah laptop nie"..
aku kata jangan..
dia kata lagi.. "shutdown lah awal nanti kita terus ja gerak ke ramsis"
aku kata "jangan"
entah kenapa hati ku tiba2 terdetik untuk membiarkan laptop usang ini hidup lama..

aku log in fb. ternampak ada 2 kiriman dari adik ku mengatakan yang ema(penggilan orang bajau yang bererti ayah) meninggal dunia..terduduk aku seketika,
aku terus kol umi untuk memastikan berita tu..sebaik saja kol. umi menyambut panggilan dengan nada yang sedih..aku dapat mengagak yang berita tu memang sohih.
setelah berbual dengan umi.lama aku termenung..
jika di izinkan ALLAH aku akan balik sabah hujung bulan februari..memang tidak sabar untuk balik..salah satunya untuk menemui atok ku yang tersayang ini..
hati mana yang tidak sedih bila mana insan di sayang pergi buat selamanya bahkan di saat aku di perantauan..hasutan syaitan membisik dalam hati kecil ku..YA ALLAH kenapa kau ambik awal atok ku.. jika mau ambil pun ambil lah di waktu aku bertemu dengannya dulu..namun aku redha dan rela atas perpisahan ini..

tentang ema......
dulu di waktu kecil ku ama(penggilan orang irranun yang bermaksud ayah/ama merupakan atok sebelah abah) dan ema sering bertukar tukar shif untuk menjaga ku. oleh kerana waktu itu abah dan umi belajar di mesir, maka aku dibela oleh mereka. dan mereka jugalah yang tidak membenarkan abah dan umi ku membawaku pergi bersama..kata mereka andai pesawat kamu meletup atau terhempas apa pusaka kamu pada kami ? kena kena lagi aku cucu pertama mereka memang keras lah hati mereka untuk tidak membenarkan aku pergi sekali. waktu tu aku masih menyusu lagi.. teringat kata arwah. dia memanggil ku dgn nama upik.
katanya "upik masa kau kecil dulu kalau kau cari susu kami bagi saja kau minum air gula yang suam letak dalam botol susu diam lah kau tu"
teringat satu kisah waktu aku darjah 3..masa tu aku sudah tinggal dengan umi dan abah. masa tu kami tinggal di tambunan kira kira dekat2 200 km dari kampung ku..
mereka selalu juga datang melawatku.andai mereka datang akulah yang paling gembira.
ama kalau datang bawa ikan ikan yang abah suka, berbeza dangan arwah ema,, arwah kalau datang dia bawa ayam hidup..yang mencuit hati ku hingga sekarang. waktu tu dia bawa ayam jantan. dia letak dalam kotak. bayangkan dia nak bas dari kota belud ke kota kinabalu, kota kinabalu ke tambunan. macam manalah agaknya situasi dalam bas itu dengan kokokkan ayam itu. arwah maintain selamba ja bawa naik bas. bukan sekali ja malahan berkali kali. sampai banyak ayam kami di tambunan,arwah sampai siap membuat satu tempat untuk bercucuk tanam, di sanalah umi mengambil sayur sayuran tanpa perlu ke tamu dan ayamnya plak yang menghabiskannya abah lah. bila nampak ja yang besar pasti terus di sembelih hahaha..
menurut umi ema dulunya kerja jabatan pertanian. dulu dia memiliki banyak ternakan lembu,kerbau dan kuda..namun masa kes kes pengait dulu. di ksempatan itu lah ternakannya di curi orang sampai licin..
sewaktu balik masa kes rusuhan di mesir tahun lalu,, aku berkesempatan berjumpa dangan sorang sepupuku.tengah berborak. menurutnya dia tengah mengkaji salasilah keturunan kami dan dia ingin kami menemuinya.
menurutnya bapa arwah ema maksudnya moyang aku, ada 3 beradik yang berhijrah dari turki ke malaysia..sorang berhijrah ke johor, sorang ke brunei dan dorang lagi ke sabah.aku kurang ingat akan nama nama mereka..

arwah ema berketurunan turki campuran.jika orang tidak mengenalinya pasti akan berkata dia bagai pakistan jual kain masuk kampung tapi jika dia bercakap pasti susah mempercayai yang pakistan 100% mahir bercakap bajau siap dengan nada dan makhrajnya yang betul..arwah lembut orangnya selama dengannya tak pernah dia memukul ku bila kenakalan ku tidak menyenangi hatinya, sebaliknya dia menasihati ku dengan lembut sekali..dia begitu manis dengan senyuman,orangnya sentiasa tersenyum.

yang buat aku sangat respek tabik spring dengan arwah ema. dia istqamahnya tinggi. kata umi masa dia kecil dulu dia terlalu ingin bersekolah tapi ayahnya tidak membenarkannya untuk bersekolah..zaman dulu kesedaran tentang pendidikan kurang,
dia pernah di pukul jika kedapatan ke sekolah. sampaikan dia sembunyi pakaian sekolahnya di atas pokok.. jika dia kesekolah dia akan menukar pakiannya di pokok itu lah.. kata umi lagi arwah dulu aktif dengan jemaah tabliq, dari aku kecil sampai sekarang selama aku melihatnya rutin harianya sama. dia hidupkan sunnah tu dari dulu lagi..dia makan sikit ja pinggan tu licin, sebelum dia tido dia akan baca 3 qul dan selawat lalu menggosokkan badannya, di awal pagi atau pun di masa dia lapang dia pasti baca quran.. quran dia yang lama masih dia guna sampai sekarang, solat memang tidak tinggal. dia suka solat berjemaah.. bayangkan rumah kami yang mengambil masa 20 minit untuk ke masjid hari2 dia pergi jemaah. dia kalau berjalan laju jalannya,

moga ema diletakkan di kalangan hambanya yang beriman..amin ya rabb..

siapa kita sebagai hamba untuk mempersoalkan tentang percaturan ALLAH..kita ibaratkan pelakon, ikuti saja skrip jalan ceritanya kerana sebaik baik rencana ialah rencana ALLAH..

21:54

Ghuraba (Orang- orang Asing)

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.


Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.




Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya,
Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya.
Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.


Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.




Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.
Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.




Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.


Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

00:53

kau atur jalan mu itu

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




Bismillahirrahminirrahim…assalammualaikum semua dan selamat hari raya.

Setelah sekian lama kaki melangkah tanpa sejarah, akhirnya Allah memberi diri sedikit ruang dan waktu untuk merasai rasa cinta padanya sekaligus menyambung dakwah pena yang sudah semak dengan sarang labah labah yang sekian lama ditinggalkan dilaman ini. seketika kelmarin diri berkesempatan menjadi pemandu pelancong persendirian yang sudah sekian lama tidak berpeluang dirasai,diri membawa satu keluaga dari kedah pergi menziarahi makam sekitar kaherah, pada asalnya dari akad perjanjian hanya menziarahi makam imam syafie sahaja, oleh sebab teruja melihat penghayatan makcik itu pada orang orang yang dekat disisi ALLAH s.w.t, dengan masa yang ada diri memilih untuk membawanya ketempat makam orang orang yang dekat disisi ALLAH s.w.t dengan lebih banyak.memandangkan ruang waktu yang lajunya bagaikan ferrari hanya beberapa tempat saja yang berkesempatan dilawati.melihat dan mendengar suara makcik itu bergetar bilamana diri menceritakan akan sejarah dari ketokohan ulama silam itu diri merasakan penghayatan hatinya,dari usianya yang mungkin boleh diri katakan 50an memerhatikan dari bunyi nafasnya dan kepayahan makcik tu melangkah namun asbab hatinya mempu memberikan kekuatan kepadanya untuk melangkah gagah membenam kudrat yang ada.

hanya melihat makam dan mendengar dari sebuah cerita dan ketokohan ulama’-ulama’ masa lalu. hati makcik itu Rasa terkesan dan tersentuh melihat perjuangan seorang tokoh agama yang disaat ini dilupakan orang malahan dihapuskan jasanya dari lembaran sejarah.getaran hatinya sahaja mampu membuat diri turut merasainya.

Maaf… sebenarnya bukan niat diri ingin menceritakan cerita seperti apa yang diri lihat, cumannya marilah kita sama-sama berfikir apa ibrah yang dapat kita ambil dari sesuatu perkara yang kita lihat. Disini diri ingin membawakan satu mesej yang mana diri dapat ambil dari penceritaan kisah itu tadi. Siapakah sebenarnya khalifah di alam jagat ini. Adakah tok imam? adakah perdana menteri? Adakah sultan atau orang yang berpengaruh?

Jawapannya ada digengaman masing-masing bahawa jawatan sebagai khalifah adalah setiap jiwa tidak mengira siapa dia, apakah jawatan dia, semuannya sudah terikat dengan kontrak perjanjian dengan rabbul jalil.

Seperti dalam surah al baqarah ayat yang 30;

Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Rabb berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Pernahkah kita terfikir selama ini apa tugasan kita? Sama sekali ada yang sering alpa apa kewujudan mereka hidup didunia ini. Sudah termaktub lagi jelas didalam kalamullah yang agung lagi suci tentang hakikat penciptaan manusia itu sendiri.

Tapi hakikat hari ini masing-masing menolak tanggujawab dan amanah yang pernah mereka gengam ketika dalam kandungan lagi. Masing-masing mementingkan diri sendiri asalkan diri sendiri hidup dalam igauan keindahan duniawi,tidak cukup dengan itu malahan menyammun igauan orang lain.

Hidup ini saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Itulah hakikat yang kita harus telan saat ini. apa yang kita lihat jelas hari ini dimuka depan akhbar dikaca tv rumah anda Pertelingkahan sesama saudara seislam semakin hari semakin mekar tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Orang kuffar pula melihat kita seperti anak ayam kehilangan ibunya yang mana kucar kacir tanpa hala tuju kebingungan

Mengapa perkara ini boleh terjadi? Benar… kita sering terlupa…konsep khalifah itu sendiri..siapa yang patut mengalasnya… kita sentiasa mengharapkan orang lain sedangkan iannya adalah milik kita. Tugas mengigati dan menyampaikan adalah ibadah bagi setiap orang. Dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah az zariyat ayat 56;

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Ibadah… dakwah…tanggujawab…bekerja…melakukan apa sahaja… semuanya masih termasuk didalam konteks ibadah. Ibadah adalah satu pengabdian seorang hamba kepada pencipta tidak kira setiap apa jua perkara dan tindakan yang dilakukan iannya tidak terlepas dari pemerhatian Allah.inikan lagi soal tidakkan dari pemerintah yang dikenakan kepada rakyatnya

Siapakah khalifah itu???

Khalifah itu adalah…

“ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (al mukminu;12-14)

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (al mukminun;115)

“ Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya…” (Hud;61)

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.’ (al ahzab;72)

Sekarang nilailah diri kita… pada akhirnya manusia akan terbahagi kepada dua golongan. Golongan kanan (ashabul maymanah atau ashabul yamin) dan golongan kiri (ashabul masy’amah atau ashabul syimal)

Pilihlah jalan kalian kerana kita sudah berani menerima amanah seperti dalam surah al ahzab ayat 72, tapi kita sering lupa kita juga yang merosakkan amanah dimuka bumi, dan sekali lagi Allah membuktikan dalam surah al baqarah ayat 30, dan Allah yang memakmurkan bumi ini juga adalah manusia seperti yang terkandung dalam surah hud ayat 61.

Allah telah memberikan kita banyak jalan. Pilihlah jalan yang dapat memimpin kita menuju redhannya. Siapa khalifah itu... adalah andan semua…

Semoga penulisan ini dapat mengigatkan diri dan membuka minda diri dan pembaca dalam mengenal erti sebenar kehidupan kita dialam syahadah ini sebagai seorang khalifah… mohon kemafaan jika ada tersilap dan terlepas pandang akan penulisan ini...

Wallahu’alam

22:44

BERSIH - MEMBERSIHKAN - DIBERSIHKAN - BERSIHAKAN

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE

21:05

إلـيــك

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




Mungkin ramai yang pernah mendengar lagu Ilaika. lagu ilaika ini sebenarnya adalah antara bait bait syair Imam Syafie ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang saat ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya .Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair.

Masyaallah… bila membaca maksudnya, terasa begitu tawadhu`nya seorang insan yang bergelar Imam besar ini. Ketinggian ilmu dan kedudukannya menjadikan dia semakin merendahkan diri kepada Allah Azza wajalla. Semakin dia banyak mengakui akan dosa2nya. Semakin dia banyak berharap pada TuhanNya.Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, inikan lagi dengan kita orang biasa basikal tua huhuhuhu..

Tidak perlu rasanya di ulas lebih panjang. Semoga ianya bermanfaat buat kita bersama

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba; meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

01:22

berkenalanlah pada zun nun al masri

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE






Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang masyhur bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : "Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman ini berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain." Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata : "Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas". Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu dan berkata : "Satu keping emas ? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu". "Cubalah dulu sahabat muda. Siapa tahu kamu berhasil", jawab Zun-Nun. Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak. Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan memberitahunya : "Tuan, tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak". Sambil tetap tersenyum arif Zun-Nun berkata : "Sekarang pergilah kamu ke tokoh emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik tokoh atau tukang emas di sana. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian". Pemuda itu pun pergi ke toko emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Ia kemudian memberitahu : "Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar". Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata : "Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya. Hanya "para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar" yang menilai demikian. Namun tidak bagi "pedagang emas". Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu perlu proses dan masa, wahai sahabat mudaku. Kita tak dapat menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."

penagajaran : sebegitu jugalah kita pada kehidupan di kala ini. orang senang belum tentu mengenal susah,imarah belum tentu mengenal kebaikan,bos belum tentu mengenal pekerja dan pekerja belum tentu mengenal bos,media belum tentu mengenal berita,tapi berita sudah pasti mengenal media.oleh itu berkenal kenalan lah kamu. jika bahagia belum pasti mengenal derita, inikan derita lagilah belum pasti mengenal lagi derita.jika kemarahan mu mengundang kebencian,belum pasti kemarahan mu mengenal punca.

mesir? kotor atau bersih, mereka berkata serentak 'kotor'. di mana kotor luar kah dalam? di luar kata mereka lagi.. di dalam?? mereka tercegang tiada kesatuan. ada berkata dalaman juga kotor ada berkata dalaman bersih.sohihnya? hanya jauhari menganal manikam

22:08

koleksi ku

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE






18:44

KAU SANDI???

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Al-kisah bermula…

Sepasang kekasih cinta setia sampai ke tua datuk dan nenek pergi membeli belah di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka.Rutin biasa mereka sebelum ingin melangkah pergi dari rumah, si atok pasti akan berkata kepada si nenek “syg kamu macam masih tingkatan satu la” dan si nenek pula pasti akan berkata “abg pula masih nampak seperti baby”.Walaupun hakikatnya mereka sedar sudah di usia senja lenja tetapi cinta dan sayang mereka tetap seperti 80 tahun yang lalu.Disambungkan cerita, mereka pun pergilah berjalan sambil berpayung payungan,setibanya dikedai cenderamata tersebut.tiba tiba si nenek terpandang satu cawan yang canik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan paling tercantik yang pernah aku lihat," kata si datuk.Lepas tu kelam kabut si nenek berlari lari anak untuk mendapatkan cawan tersebut,hinggakan si nenek tadi tergelincir akibat kegenatasannya mendapatkan cawan tersebut nasib baik si datuk sepantas kilat menyelamatkan heroinnya seperti dalam filem tamil.berkata si datuk “istidi kau,kau tenang kau dapat lebih”(falsafah ust dayun putih).
Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud tadi pandai berkata kata.terkejut beruk si nenek, sampai terjatuh berterabur gigi palsunya,si datuk pula ternganga sampai ke pusat.kata cawan itu "Terima kasih atas perhatian kamu,untuk pengetahuan kamu,aku ini dulunya tidak cantik dan kotor. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah tanah liat yang tidak berguna.Namun suatu hari ada seorang pengukir dengan tangan kotor melemparkan aku ke sebuah roda yang berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening pening lalat. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai mencelup dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini terus ja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup !sudah la bah, sakit ini. Teriakku lagi.Tapi orang itu berkata, 'Belum ! sabar bah kau,kau tenang kau dapat lebih' Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingat, habislah sudah penderitaanku. Oh ternyata belum berkesudahan.

Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu tebal seperti asap sisha. Stop ! Stop ! Aku berteriak lagi. Wanita itu berkata, ' Belum ! belum lagi nie,lek ja kau' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku sekali lagi pada api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tooolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya kerana sandi betul panasnya.Tapi laki itu tidak peduli dengan teriakanku. dIa terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik bertudung sambil memakai songkok mengangkatku dan meletakkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik tertarik kau memang pewit. Semua kesakitan dan penderitaanku yang ku lalui menjadi manis tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu menceritakan kisah itu kepada cucunya yang belajar di mesir.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan yang kita rasai. Dalam setiap langkah perjalanan hidup kita, pasti akan kita temui keadaan atau nasib yang tidak menyenangkan,sakit,memeritkan, penuh penderitaan,dan air mata.kena kena lagi kita yang bergelar seorang mahasiswa, memang sandi bila pening pening lalat untuk memahami sesebuah kitab,lebih memeritkan apabila terpaksa keluar mencari lorong lorong rezeki untuk menampung diri supaya dapat meneruskan langkah.Begitu juga bila kita menetapkan satu impian,tatkala kila melangkah untuk merealisasikan impian itu kita lalui langkah langkah yang penuh duri dan ranjau. Tetapi ingatlah kita,semakin sandi perjalanannya semakin manis di hujungnya. inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk kita mengaku kalah dan jatuh dalam dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan berkecil hati dan berputus asa pada rahmatnya kerana ALLAH sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. kita akan melihat betapa cantiknya ALLAH membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat). Akhirkalam bukan namanya lautan jika tidak bergelora dan bukan namanya manusia jika tidak melakukan kesilapan.Semoga bermanfaat bersama.salam imtihan..Wallahu’alam.

05:26

salam lebaran

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE





telah genap 3 tahun beraya di perantauan. tanpa umi abah adik beradik dan sanak saudara..paling mantap lagi tanpa ketupat.namun kami tetap gembira,tahun demi tahun semakin ramai datangnya anak anak sabah menuntut di bumi mesir ini,sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian di perantauan..

KAMI PENUNTUT SABAH MESIR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KHASNYA BUAT KELUARGA DAN SAHABAT DI KAMPUNG TERCINTA.. KAMI TETAP GEMBIRA

14:33

pertemuan johan qari antabangsa..

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




siapa sangka sedang asyik menanti ketibaan ketua menteri sabah bersama rombogan..
mata memerhati seorang lelaki yang seolah oleh ku kenali..baru teringat rupanya jejaka ini lah yang telah ku lihat dalam surat khabar 2 hari lepas..ust Hani Abdel Aziz, qari dari mesir.. hati masih teragak2 untuk menegurnya...
mata kami saling memandang antara satu sama lain..tiba2 tubb tubb tanpa diduga barang yang sedang dia bawa tergolek jatuh ngam ngam di depan kami..secepat kilat tindakan refliks, kami pun membantu sambil bersembang sembang dengannya...
belum sempat kami bertanyakan soalan dia sudah terlebih awal bertanyakan soalan.antum min malizi? dalam fikiran kami memang sah dialah orangnya,,jika sudah bertanyakan soalan sebegitu rupa memang sah lah dia orangnya..
sedang asyik bercerita akhirnya dia dan gurunya ingin meminta diri,,sedang kami pula sudah hampir sejam menanti ketibaan YAB ketua menteri sabah bersama rombongan yang datang untuk merasmikan rumah sabah baru di alexandaria..syukran kami ucapkan.

mata masih liar memerhatikan johan qari itu,,nampak sedang menanti kenderaan untuk ke rumah.tiba satu kenderaaan,, ingatkan naik semuanya rupanya hanya gurunya saja yang naik..sedang gurunya sudah melangkah pergi,dia tinggal berseorangan. ku fikirkan dia menanti kenderaannya. rupanya dia sedang mencari teksi. johan qari antabangsa naik teksi untuk ke rumah? malahan langsung tiada wartawan wartawan yang berpusu di airport. dengan selamba dan tenang saja dia melangkah tanpa ada seorang pun yang berpusu2 kepadanya..

terfikir fikir betapa bezenya tempat kita dengan mesir. ayat ayat al quran boleh kita dengari walau di mana saja berada, dalam teksi,kedai motor,kedai pakaian,,pokoknya kedai apa2 sahaja termasuklah shooping comlpex. hinggakan sorang johan qari tadi itu jalan steady ja. kalau tempat kita berpusu pusu wartawan. siap kenduri kendara sedaerah kalau boleh.

mungkin kesimpulan yang kita peroleh. umat di waktu ini menggunakan ayat ayat allah hanya pada nama,hanya untuk modal menunjukkan nilai2 keagamaan terutamanya dalam drama drama atau filem filem itupun dalam babak yang hanya mengusir hantu atau kerasukan..sempana ramadan kali ini bersama sama lah kita menyemarakkan ayat ayat al quran..wasslam

04:55

AL KISAH PEGANTIN DAN AL QURAN UNTUK MU

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




"sayang, tengok nih. Cantik betul AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" kata Jamilah keriting kepada jamil santan..

"ini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita mau beli nih" balas jamil santan.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi bagus, ada terjemahan arab" jawab Jamilah keriting.

" Ala , sayang bukan tahu pun bahasa arab" jawab jamil. Tergelak manja si Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti jamil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. gembira ja saya tengok" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. mahu buat hantaran. Maklumlah, mahu bina masjid" jawab jamil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama sudah saya nda baca, pakcik" teragak-agak jamil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, nda payah lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni mahu baca la bah" tiba-tiba Jamilah muncul dengan steady saja menjawab.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami mahu pilih yang ini. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk betul la pakcik itu" Jamilah merungut.

jamil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek hinggakan kelihatan putih melepak. Hari nan indah.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan... . jamil santan dan Jamilah keriting tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam mengemakan seisi rumah.

jamil bagai mati hidup semula. Dirinya terkejut berketub ketab bebeb. Jantungnya bagai gugur serta merta lalu dimakan kucing. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz saifuddin.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab jamil tergetar getar.seolah oleh berhadapan dengan seekor buaya tembaga. Jamilah juga terkebil-kebil matanya melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 1 bulan lalu.

"Ok baiklah, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik jamil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saifuddin. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz saifuddun merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap, dan selalu membuat kuliah agama setiap hari Khamis selepas maghrib.

jamil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya... Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih, halkumnya terasa bagai di lastik dengan kuat

"Sss.. su.. surah apa ustaz?" jamil cuba mengagahkan dirinya. Jamilah masih melihat dari sebalik tirai. mengerutkan dahinya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati jamil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu jamil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan ketawa. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.ada yang pitam, ada yang hampir terkeluar ususnya.sorang pakcik yang tidak pernah senyum di kampung itu selama 60tahun turut tewes di waktu itu.malahan di kejarkan ke hospital akibat terlebih ketawa.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik jamil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Saifuddin. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

jamil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"jamil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saifuddin.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. jamil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Saifuddin sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

jamil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

tit.. tit (lagu istana menanti) ! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya jamil. SMS dari ustaz saifudin tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, jamil..

macam itulah ceritanya pengantin baru nie si jamil santan dan jamilah keriting. dengar cerita pasangan suami isteri ini selalu johan pertandigan tilawah al quran di africa. dengar cerita la, moga moga wujud insyaallah...

bersamalah kita ambik ikhtibar dari kisah ini khususnya penulis kerdil yang dhaif ini..sempena kedatangan ramadan tidak lama lagi..ayuhh semarakkan ayat ayat alquran walau di mana berada..salam ramadan

03:13

PESAN LUHUR

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE



Hari sangatlah syahdu pesan luhur kini damai bermula.
Nabi isytihar khabar bahaya, murba wajar bersedia.
Setiap lelaki ranum dikerah agar tabah waspada,
sebab, musuh Islam berlagak—seteru wajib disanggah.

Ke mana arahnya tak dihurai—dulu, memang rahsia;
kini tak begitu ia—matlamat peta jelas didedah.
Bakal payah kembara nanti; musuh pasukan yang mendera.
Ketahuilah ini dulu, bersedia hadap angkara.

Kaab bin Malik sedang santai di kota indah Medina;
cuaca harum dan damai, musim buahan puncak suburnya.
Tapi, perintah qudus Nabi tetap mengatasi segala.
Khidmat lain dihenti, sokongan sepadu ke Rasulullah.

Bergerak tak terasa enak, musim genting kini menyala;
bertindak menggugah tentera Roma—musuh paling durjana.
Islam sangat suci, ayat-ayat wangi mengharumi Ummah;
nyawa sedia direla—perjuangan qurbani para syuhadah.

Di merata wira bersedia—sangat berani dan garang.
Kaab ampunya dua unta bersedia ke medan perang.
Tak gentar dirinya; sedang sesantainya ia berkelana.
mesra muhibbah, di celah pohonan, hasrat qalbu terindah.

Rombongan Nabi yang bersedia belum berangkat rupanya,
maka Kaab bersantai dulu dalam iklim belum membara.
Maklumlah, ke medan tempor amat biasa baginya
sejak malam Janji Aqabah—cuma ke Badar tergendala.

A Samad Said

03:23

KAMI TETAP GEMBIRA

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE


kami penutut sabah mesir mengucapkan selamat menyambut aidil adha buat keluarga yang berada di kampung halaman.

04:07

HIKMAH IBADAH KORBAN

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE



Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN

Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

“Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH. Tetapi, yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” – Surah al-Haj: 36-37.

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadah korban seperti berikut:

1) Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.

2) Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

3) Ibadah korban dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan demi mendapat keredhaan ALLAH.

4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH kerana menurut perintahnya.

5) Ibadah korban merupakan amalan mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadah tersebut bakal mendapat ganjaran paling baik, iaitu syurga.

16:08

penampar sebagai jawapan

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE



tersebut lah al kisah,Ada seorang pemuda yang lama belajar di
luar negeri, kembali ke tanah air.Sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, ust atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,

Pemuda: siapa kau? Dan bolehkah tuan
menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?

Ust : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: tuan yakin? Sedangkan Profesor
dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.ini kan lagi tuan

ust : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan
wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api
kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat
syaitan. Sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba ust tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat..
pammm bertabur giginya

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
tuan marah kepada saya?

ust : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: haaa jawapannya dengan penampar?
tambah bingung si pemuda itu.

Kiyai : iya penampar,Bagaimana rasanya
penamparan saya?

Pemuda: Tentulah saya merasa sakit.
( sambil mengusap2 pipinya

ust : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

ust : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

ust : Itulah jawaban pertanyaan pertama anda...
kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

ust : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

ust : Itulah yang dinamakan takdir.

ust : Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

ust : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

ust : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

ust : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.







16:13

HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

23:51

PADAH BURUK SANGKA

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE



Malam itu gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya amira, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat berakibat sakit.

“Bagaimana nor ubaidah, kita bawa saja Amira ?” Tanya si suami.

“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.

“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.

“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada etoi (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga amira.” Kata si isteri.

“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si etoi.” Balas suaminya dengan gembira.

“Meoww....” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Etoi membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.

“Wahai Etoi, malam ini engkau tidak usah menjaga lumbung padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si amira,” kata si suami.

Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si amira supaya dia tidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”

Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Etoi akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.

Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka etoi dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si amira yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.

Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Etoi memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan amira yang masih kecil itu.

Dengan cepat kilat Etoi melompat, giginya langsung masuk menikam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh Etoi. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Etoi dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka etoi.

Etoi hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan menahan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.

Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah etoi dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Amira dan duduk semula di samping si Amira. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Etoi menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang parah.

Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Etoi turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Amira berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Etoi pun ikut berdukacita memperhatikannya.

Mereka berbimbingan tangan dengan romantiknya memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Etoi berbunyi lembut: “meoww...., meoww...., sambil terhuyung-hayang mendekati majikannya.

Tiba-tiba saja ibu Amira menjerit, “Bang....! Amira bang....!”

Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Amira, Nor ubaidah?” Tanya suaminya.

“Lihatlah si Etoi, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Amira.... anak kita, bang. Bunuh Etoi, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.

Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Etoi penuh dengan darah segar, pasti Amira telah diterkamnya.”

Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Etoi. Kucing itu menjerit; “meowwwww....” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, dihentaknya ke kepala Etoi.

Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Amira masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.

Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Etoi yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal teramat sangat. Ternyata Etoi adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.

Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Etoi diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.



Terlajak perahu boleh di undur,
Terlajak prasangka diri terkubur,
Jika bukti masih kabur,
Kajilah ia dengan teratur,

03:57

PERJUANGAN

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




Kita umat Islam hendaklah ingat, perjuangan kita adalah untuk
menegakkan kalimah Allah. Jangan lupa keadaan ini walau di dalam keadaan
susah atau senang. Kita mesti perjuangkan kalimah Allah ini walau di dalam
keadaan yang bagaimana sekalipun. Suasana dan keadaan yang berlaku hanya
seperti perubahan-perubahan cuaca bagi bagi manusia. Yang penting manusia
akan dapat terus hidup di dalam apa bentuk cuaca sekali pun. Yang penting
umat Islam dapat hidup di dalam apa juga suasana dan keadaan sekalipun.

Sekiranya anda berada di dalam limpahan rezeki berbentuk harta dan
wang yang melimpah-limpah, jangan lupa perjuangan kita adalah perjuangan
mendaulatkan kalimah Allah. Jikalau kita berada di dalam keadaan terhimpit
dan tertekan, jangan lupa perjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah
Allah. Begitu juga kalau kita sebagai penguasa dan pemerintah di atas muka
bumi ini, jangan lupa perjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah.

Perjalanan hidup merubah suasana manusia adakalanya miskin,
adakalanya kaya. Ada ketika menjadi kaum muslimin yang tertindas dan pada
waktu yang lain menjadi penguasa-penguasa alam. Perjalanan hidup ini tidak
sepatutnya mengubah cita-cita perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Ada
orang yang lupa dengan cita-cita mendaulatkan kalimah Allah setelah dia
menjadi kaya raya. Ada yang lupa untuk menegakkan kalimah Allah kerana
sangat sempit kehidupannya. Ada yang lupa kerana mendapatkan isteri yang
cantik. Ada orang yang meninggalkan cita-cita menegakkan kalimah Allah ini
setelah banyak diuji dengan berbagai ujian.

Kita perlu ingat bahawa seseorang Islam itu tidaklah mulia kerana dia
kaya, menjadi orang yang berharta,menjadi penguasa dan ternama. Dan tidak
pula menjadi hina kerana miskin atau dibenci atau dibuang orang keluar
negerinya. Tetapi seorang muslim itu mulia kerana jihad dan perjuangannya
menegakkan kalimah Allah.

Kekufuran tidak perlu diperjuangkan kerana ia ibarat sampah sarap
atau sisa buangan. Ia akan sentiasa ada sepanjang zaman. Tetapi Islam mesti
diperjuangkan oleh pendukungnya. Jikalau di dalam golongan kuffar, terdapat
golongan kaya, di dalam golongan muslim juga ada golongan kaya. Jikalau di
dalam golongan kuffar ada golongan muslim, golongan muslim juga ada yang
miskin. Jikalau di dalam golongan kuffar itu ada pemimpin, di dalam golongan
Islam juga ada pemimpin. Jikalau di dalam golongan kuffar itu ada ramai
pengikut, golongan Islam juga punyai ramai pengikut. Yang membezakan
golongan kuffar dan muslim adalah cita-citanya di dalam menegakkan ideologi
di atas muka bumi ini. Seorang muslim yang sejati ialah mereka yang sentiasa
terus menerus berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini di
dalam apa keadaan dan suasana sekalipun.

Berpegang teguh pada perjuangan menegakkan kalimah Allah inilah yang
akan mengumpulkan kita dengan ilmu, kumpul sahabat, kumpul semangat, bina
ukhuwwah dan persaudaraan, bina ekonomi dan kemajuan, bina kesedaran, bina
sistem pendidikan, bina insan dan segala-galanya. Semua itu perlu kita
laksanakan kerana hendak mencapai cita-cita mendaulatkan kalimah Allah.
Semuanya ini adalah alat untuk mencapai matlamat mendaulatkan kalimah Allah.
Mari kita bangunkan ekonomi untuk daulatkan kalimah Allah. Mari kita kuatkan
ukhwah dan persaudaraan di dalam menegakkan kalimah Allah. Mari kita tambah
ilmu, bina semangat kerana hendak menegakkan kalimah Allah. Mari kita beri
kesedaran kepada masyarakat kerana hgendak menegakkan kalimah Allah. Pendek
kata apa sahaja yang kita lakukan adalah untuk mendaulatkan hukum hakam
Allah di atas muka bumi ini.

Lihatlah betapa banyaknya hukum Allah yang masih tidak dilaksanakan
di atas muka bumi ini sama ada pada diri, keluarga atau masyarakat. Siapa
yang hendak dipersalahkan dan kepada siapa hendak dipertanggung jawabkan.
Bukankah kepada kita semua ?

Ayuh ! bangun berjuang. Kalau kita tidak mahu berjuang mendaulatkan
hukum hakam Allah, besar kemungkinan akan berlaku dua perkara : Pertama
hukum-hukum thagut akan terus mengongkong anda seumur hidup atau Kedua:
Allah akan gantikan dengan golongan muslimin yang lebih baik dari kita untuk
menegakkan kalimah Allah. Mahukah kita jadi hina kerana tidak berjuang ?
Orang yang tidak mahu berjuang sama seperti lelaki yang rumahnya dimasuki
perompak dan kerana tidak berani membela dan melawan maka anak isterinya
dirogol dihadapan mata sendiri. Dia pasti tidak akan lupakan peristiwa itu
seumur hidup. Peristiwa itu pasti akan menghantui fikirannya. Dan dia akan
berkata : "Lebih baik aku mati daripada menanggung hina sebegini rupa."
Padahal jikalau dia membela anak dan isterinya diwaktu itu dan dia mati,
maka matinya adalah mati yang mulia. Demikianlah tamsil bagi seorang muslim
yang tidak mahu berjuang menegakkan kalimah Allah ketika orang-orang yang
menyeleweng telah cuba merobohkan agama Islam yang kita cintai ini.

Sebenarnya orang muslim yang tidak mahu berjuang, tidak ada niat
untuk berjuang atau membenci perjuangan mendaulatkan kalimah Allah, lebih
baik daripada hidup. Kalau hidup pun tiada gunanya., kerana sama dengan
mayat-mayat yang bergelimpangan sahaja. Dia akan semakin reput dan membusuk.
Kereputan itu berlaku di dalam kerajaan-kerajaan Islam yang besar-besar satu
ketika dahulu kerana kerajaan itu diwariskan kepada orang-orang yang jiwanya
pengecut dan tidak mahu berjuang. Perlu diingat, perjuang itu bukan hanya
dengan slogan dan petikan. Atau menamakan parti kita parti Islam. Tetapi
perjuangan itu ialah berbuat kebiakan dan kebajikan dan menegakkan
hukum-hukum Tuhan di dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.
Berbuatlah, nanti Allah akan menilai, Rasul akan merestui dan orang mukmin
akan membantu.

Kini dunia Islam telah menjadi bangkai reput, telah membusuk
dagingnya dan telah tanggal tulang-tulangnya. Dia akan menjadi tanah, tempat
pemakaman sejarah dan peristiwa. Di atas pemakaman sejarah dan peristiwa
inilah kita tanam pohon-pohon Toiyyibah yang baru. Pohon-pohon Toiyyibah
yang akan diawasi oleh pejuang-pejuang muda yang gigih dan perkasa. Saya
harap andalah pejuang-pejuangnya itu. Ayuh bangunlah bersama-sama demi
menegak dan mendaulatkan kalimah Toyyibah, kalimah La ilaha illa Allah
Muhammad Rasulullah.

memperjuangkan satu perjuangan yang bukan berlandaskan islam, wajib ke atas kita untuk memeranginya dan memerangi perjuangan untuk menegakkan kalimah La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah bermakna mencabar kerajaan Allah S.w.t.

13:34

NIAT & KEIKHLASAN

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE



segala amal adalah dgn niat, maka niat itu pula mempunyai arah tujuan atau ketentuan maksudnya kerana di sinilah
terletak balasan baik atau jahat & seseorang akan mendapat balasan itu sebanding dengan apa yg tlh diniatkan menurut
ikhtiar dan pilihan hatinya sendiri, misalnya sesuatu amal ibadat spt sembahyang wajib atau sunat baru dianggap sah
serta diterima & diberi balasan sekiranya asal mendirikan kerana Allah bukan kerana lainnya. inilah yg dinamakan ikhlas
yg menjadi jiwa sesuatu amal & amal yg demikian inilah yg diperintahkan oleh Allah.

maka, setiap pekerjaan yang kita lakukan hendaklah dengan niat yg baik & ikhlas kerana Allah Taala. justeru itu, mari kita
sama2 niatkan persaudaraan & persahabatan kita semata2 kerana Allah dan sebagai salah satu uslub untuk menasihati antara
satu sama lain. kerana hati yg tidak disirami dengan nur ilahi akan mati & mudah untuk terjerumus ke lembah MAKSIAT
samada kita sedari atau tidak.