di sana pasti

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti mendatang.



04:55

AL KISAH PEGANTIN DAN AL QURAN UNTUK MU

Posted by Ahmad Tauffik Ag Laiman AT TAMAUE




"sayang, tengok nih. Cantik betul AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" kata Jamilah keriting kepada jamil santan..

"ini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita mau beli nih" balas jamil santan.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi bagus, ada terjemahan arab" jawab Jamilah keriting.

" Ala , sayang bukan tahu pun bahasa arab" jawab jamil. Tergelak manja si Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti jamil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. gembira ja saya tengok" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. mahu buat hantaran. Maklumlah, mahu bina masjid" jawab jamil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama sudah saya nda baca, pakcik" teragak-agak jamil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, nda payah lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni mahu baca la bah" tiba-tiba Jamilah muncul dengan steady saja menjawab.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami mahu pilih yang ini. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk betul la pakcik itu" Jamilah merungut.

jamil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek hinggakan kelihatan putih melepak. Hari nan indah.. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan... . jamil santan dan Jamilah keriting tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam mengemakan seisi rumah.

jamil bagai mati hidup semula. Dirinya terkejut berketub ketab bebeb. Jantungnya bagai gugur serta merta lalu dimakan kucing. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz saifuddin.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab jamil tergetar getar.seolah oleh berhadapan dengan seekor buaya tembaga. Jamilah juga terkebil-kebil matanya melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 1 bulan lalu.

"Ok baiklah, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik jamil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saifuddin. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz saifuddun merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap, dan selalu membuat kuliah agama setiap hari Khamis selepas maghrib.

jamil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya... Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih, halkumnya terasa bagai di lastik dengan kuat

"Sss.. su.. surah apa ustaz?" jamil cuba mengagahkan dirinya. Jamilah masih melihat dari sebalik tirai. mengerutkan dahinya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati jamil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu jamil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan ketawa. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.ada yang pitam, ada yang hampir terkeluar ususnya.sorang pakcik yang tidak pernah senyum di kampung itu selama 60tahun turut tewes di waktu itu.malahan di kejarkan ke hospital akibat terlebih ketawa.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik jamil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Saifuddin. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

jamil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"jamil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saifuddin.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. jamil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Saifuddin sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

jamil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

tit.. tit (lagu istana menanti) ! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya jamil. SMS dari ustaz saifudin tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, jamil..

macam itulah ceritanya pengantin baru nie si jamil santan dan jamilah keriting. dengar cerita pasangan suami isteri ini selalu johan pertandigan tilawah al quran di africa. dengar cerita la, moga moga wujud insyaallah...

bersamalah kita ambik ikhtibar dari kisah ini khususnya penulis kerdil yang dhaif ini..sempena kedatangan ramadan tidak lama lagi..ayuhh semarakkan ayat ayat alquran walau di mana berada..salam ramadan

0 comments:

Post a Comment